Tadabbur Ringkas Surah al insaan ayat ayat 3

Ini ialah dari Afrina – Teknik Ulul Albab

Tadabbur Surah al insaan Ayat ayat 3
Allah telah berfirman bahawa kepada semua manusia yg telah lahir kedunia ini telah ditunjukkan jalan yang lurus. Ini boleh dikatakan ditunjuk melalui para rasul yang menyampai kan kenaran. Maka setelah itu, mereka pun mengetahui kebenaran dan kesesatan dan mereka boleh memilih antara keduanya sama ada memilih jalan Allah yang lurus dan menjadi hambanya serta bersyukur dgn segala nikmat yang telah diberikan ataupun memilih untuk erada dijalan yang sesat lgi hina iaitu menjadi hamba yang kufur kepada Allah.

Tazakkur
peringatannya adalah janganlah kita mempersekutukan Allah dgn segala macam yg lain kerana hanya Allah lah yang memiliki petunjuk kebenaran. Dan sekiranya mendapat nasihat, perlulah kita menurutinya dan faham bahawa setiap nasihat, ajaran atau petunjuk itu semuanya adalah untuk mendatangkan kebaikan kpd diri kita sendiri. Tindakan drpd ayat ini ada saya akan sentiasa berusaha utk menuruti sunnah sunnah Nabi Muhammad SAW dan menuruti segala perintah larangan Allah SWT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.