Tadabbur Ringkas Surah Surah ar-Ra’du ayat Ayat 25
Ini ialah dari Siti – Teknik Ulul Albab
Tadabbur Surah Surah ar-Ra’du Ayat Ayat 25
Dan sesungguhnya, orang-orang yang merombak atau mencabuli perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya dan memutuskan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah, serta mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi, mereka inilah yang beroleh laknat dan beroleh balasan dari akhirat yang seburuk-buruknya
Tazakkur
Daripada ayat ini, janganlah menjadi orang yang memungkiri janji kerana ia perkara yang keji. Selain itu, janganlah membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Sebaliknya, berusahalah memperbaiki diri dan sentiasa melakukan kebaikan walaupun sebesar zarah