Al-Quran daripada Allah?
AL-QURAN DARIPADA ALLAH ?
Apakah benar atau tidak Al-Quran ini daripada Allah SWT?
Apakah bukti-bukti yang menunjukkan bahawa Al-Quran ini daripada Allah bukannya makhluk?
وَلَهُ ٱلْجَوَارِ ٱلْمُنشَـَٔاتُ فِى ٱلْبَحْرِ كَٱلْأَعْلَٰمِ
Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;
(Ar-Rahman 55:24)
Ayat diatas mennjukkan bahawa Allah menguasai kapal-kapal dilautan di mana saiznya besar kelihatan seperti mana melihat gunung-ganang.
Ya Benar, manusia di daratan sekarang dapat melihat sememangnya kapal-kapal besar itu kelihatan dengan mata yang kasar walaupun jarak antara sang melihat dan kapal adalah sangat jauh.
Eh! Nampak sangat ayat diatas ini direka.
Sebab perkara yang telah dilihat oleh manusia.
Tidak! Ayat ini telah diturunkan melebihi 1400 tahun yang lalu sedangkan kapal pertama yang bersaiz sebesar gunung dibina pada tahun 1911 iaitu RMS Olympic (269.0m) dan yang paling terkenal adalah RMS Titanic (269.0m).
*bandingkan saiz gunung (tinggi) dan kapal (panjang). Klasifikasi gunung adalah tidak tetap tetapi ia bergantung kepada negara masing-masing. Seperti Mount Scott luar daripada Lawton, Oklahoma adalah hanya 251m daripada tapak ke titiknya yang tertinggi. Mount Scott adalah antara klasifikasi gunung yang terkecil.
Bedasarkan bukti diatas, Al-Quran telah membuktikan bahawa fakta daripada Al-Quran tercipta lebih awal daripada kapal.
وَهُوَ ٱلَّذِى مَرَجَ ٱلْبَحْرَيْنِ هَٰذَا عَذْبٌۭ فُرَاتٌۭ وَهَٰذَا مِلْحٌ أُجَاجٌۭ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًۭا وَحِجْرًۭا مَّحْجُورًۭا
Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya.
(Al-Furqan 25:53)
مَرَجَ ٱلْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ
Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
(Ar-Rahman 55:19)
بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌۭ لَّا يَبْغِيَانِ
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;
(Ar-Rahman 55:20)
Sains moden telah menemukan bahawa laut dan sungai tidak bercampur malah ia dapat dilihat dengan mata kasar(terlihat dinding pemisah kedua air ini) sedangkan Al-quran telah lama menyatakan keadaan ini sepertimana ayat-ayat diatas. Mengikut sains moden, keadaan ini dikenali sebagai “Pynocline” iaitu perpisahan air berdasarkan ketumpatan air.
*Ketumpatan air laut 1.025 kg/L manakala air tawar 1.000 kg/L
Ayat-ayat yang dikongsikan ini adalah antara penceritaan sains alam didalam Al-quran yang diturunkan oleh Allah SWT.
Selain itu, Al-Quran juga telah mencabar manusia untuk mengarang ayat yang sama tarafnya dengan ayat dalam Al-Quran.
أَمْ يَقُولُونَ ٱفْتَرَىٰهُ ۖ قُلْ فَأْتُوا۟ بِعَشْرِ سُوَرٍۢ مِّثْلِهِۦ مُفْتَرَيَٰتٍۢ وَٱدْعُوا۟ مَنِ ٱسْتَطَعْتُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ
Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan mengatakan: “Ia (Muhammad) yang mereka-reka Al-Quran itu! ” katakanlah (wahai Muhammad): “(Jika demikian tuduhan kamu), maka cubalah buat serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar”.
(Hud 11:13)
فَإِلَّمْ يَسْتَجِيبُوا۟ لَكُمْ فَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّمَآ أُنزِلَ بِعِلْمِ ٱللَّهِ وَأَن لَّآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ فَهَلْ أَنتُم مُّسْلِمُونَ
Oleh itu, jika mereka (penolong-penolong kamu) tidak dapat melaksanakan permintaan kamu (untuk membuat surah-surah yang sebanding dengan Al-Quran), maka ketahuilah bahawa Al-Quran itu diturunkan hanyalah menurut pengetahuan Allah, dan bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Setelah (terbukti hakikat yang demikian) maka adakah kamu mengakui Islam dan menurut aturannya?
(Hud 11:14)
Tiada siapa yang dapat mengarang seperti mana ayat Al-Quran. Sesungguhnya ayat diatas menyatakan bahawa Al-Quran ini adalah daripada pengetahuan Allah.
Jika terdapat pelbagai bukti yang telah ditunjukkan adakah insan yang mengetahui bukti ini akam mengakui islam dan menurut perintah Allah?
Jika tidak?
Siapakah guru pertama Kaum manusia?
Siapa?
وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلْأَسْمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى ٱلْمَلَٰٓئِكَةِ فَقَالَ أَنۢبِـُٔونِى بِأَسْمَآءِ هَٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ
Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar”.
(Al-Baqarah 2:31)
Guru pertama kaum manusia (Adam-Bapa Manusia) adalah Allah SWT seperti mana yang telah tertera pada ayat diatas.
Al-Quran telah menceritakan sejarah bapa manusia dan gurunya.
Tambahan pula, Apakah kaitan Nabi adam dan Nabi Muhammad SWT?
ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
(Al-Alaq 96:1)
Ayat pertama yang diperintahkan oleh Allah kepada Rasulullah SWT adalah membaca ayat-ayat Allah (Al-Quran).
Ini telah menunujukkan bahawa Allah menurunkan Al-Quran daripada permulaan ciptaan manusia hinggalah ke akhir zaman iaitu Rasulullah SWT. Tuhan yang sama dan hanya satu yang menurunkan Al-Quran.
Dr. Zakir Naik juga menjawab tentang isu Al-Quran daripada Allah.
Beliau kata, Al-Quran adalah sebuah kitab tentang “Signs” (tanda) melainkan sains. Namun hampir 80% fakta-fakta sains di dalamnya adalah tepat dan pasti kitab itu adalah betul. Buku ini diturunkan lebih daripada 1400 tahun dahulu dimana pada masa itu masih lagi tiada Teknologi-teknologi dan penemuan sains, namun Al-Quran sudah menceritakan tentang sains seperti bagaimana kejadian bayi, kejadian bumi dan lain-lain. Maka, siapa yang paling tahu tentang alam ini, tentang manusia selain daripada penciptaNya, iaitu Allah SWT.
Al-Quran ini sememangnya daripada Allah, bukan kalam nabi kerana:
وَمَا يَنطِقُ عَنِ ٱلْهَوَىٰٓ
Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
(An-Najm 53:3)
إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْىٌۭ يُوحَىٰ
Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.
(An-Najm 53:4)
Ayat diatas juga menunjukkan ayat penegasan bahawa Allah yang menurunkan Al-Quran dan ayat ini sangat jelas dan nyata.
Terdapat banyak lagi bukti-bukti yang dapat menunjukkan bahwa Al-Quran ini datangnya darpada Allah SWT.
Sesungguhnya nyata Allah adalah pengajar Al-Quran:
عَلَّمَ ٱلْقُرْءَانَ
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
(Ar-Rahman 55:2)
Semoga pembaca tergolong dalam kalangan insan yang berada dijalan yang lurus.
وَلِيَعْلَمَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْعِلْمَ أَنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَيُؤْمِنُوا۟ بِهِۦ فَتُخْبِتَ لَهُۥ قُلُوبُهُمْ ۗ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَهَادِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِلَىٰ صِرَٰطٍۢ مُّسْتَقِيمٍۢ
Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.
(Al-Hajj 22:54)
Jazakallah Khayran Kathiran
#tadabburtazakkur
Al-Quran is about SIGNS (ayaat) .
(^_^)
👍🏻