IKUT JALAN YANG LURUS

Ikut Jalan Yang Lurus

4: 116 | 34: 38| 9:63

An-Nisa’ 4:116

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِۦ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَآءُۚ وَمَن يُشْرِكْ بِٱللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَٰلًۢا بَعِيدًا

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.

Siapa musuh kita yang nyata?
Yang memberi bisikan syirik?
SYAITAN

Ya Sin 36:60

أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يَٰبَنِىٓ ءَادَمَ أَن لَّا تَعْبُدُوا ٱلشَّيْطَٰنَۖ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!

Allah menegaskan bahawa syaitan adalah musuh yang jelas.

Allah telah memberi peringatan yang sama kepada nabi Adam

Ta Ha 20:117

فَقُلْنَا يَٰٓئَادَمُ إِنَّ هَٰذَا عَدُوٌّ لَّكَ وَلِزَوْجِكَ فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ ٱلْجَنَّةِ فَتَشْقَىٰٓ

Maka, Kami berfirman: “Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita.

Macam mana nak tahu cara syaitan menyesatkan manusia?

Dengan cara bisikan & menimbulkan perasaan was-was & mengatakan bahawa aku ini penasihat bagi kamu.

Ta Ha 20:120

فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ ٱلشَّيْطَٰنُ قَالَ يَٰٓئَادَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَىٰ شَجَرَةِ ٱلْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَّا يَبْلَىٰ

Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: “Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?”

Teknik syaitan adalah dengan membisikkan perasan was-was dalam hati kita

Dengan menimbulkan rasa keraguan.

Namun apa beza, Nabi adam dengan kita?

Selepas berbuat dosa terus Bertaubat.

Ta Ha 20:122

ثُمَّ ٱجْتَبَٰهُ رَبُّهُۥ فَتَابَ عَلَيْهِ وَهَدَىٰ

Kemudian Tuhannya memilihnya (dengan diberi taufiq untuk bertaubat), lalu Allah menerima taubatnya serta diberi petunjuk.

Tapi, aku ?
Lepas berbuat dosa terus bertaubat?

Ok.
Sekarang dah kenal musuh.
Musuh bukan kawan kita yang bukan satu fikrah dengan kita atau sahabat-sahabat yang berbeza pendapat dengan kita. Atau sesiapa yang berbeda dengan kita.

Namun musuh kita yang jelas مبين
adalah SYAITAN.

Jadi, dah tahu syaitan musuh yang jelas.

Apa strategi kita?

Kena ada strategi supaya tidak terpedaya ikut musuh.

Sebab syaitan musuh yang begitu halus.

Menipu daya dengan memberi kita perasaan was-was & menyatakan bahawa dia adalah penasihat.

So, apa pelan tindakan untuk hadapi musuh ini?

Kena ada senjata.

Kena ikut petunjuk.

Ta Ha 20:123

قَالَ ٱهْبِطَا مِنْهَا جَمِيعًۢاۖ بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّى هُدًى فَمَنِ ٱتَّبَعَ هُدَاىَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَىٰ

Allah berfirman: “Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.

Allah sudah beri jaminan siapa yang ikut petunjuk tidak akan sesat & menderita.

Tak yakin lagi?
Allah yang beri jaminan tu.

Jom refer 2: 38

Al-Baqarah 2:38

قُلْنَا ٱهْبِطُوا مِنْهَا جَمِيعًاۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّى هُدًى فَمَن تَبِعَ هُدَاىَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Kami berfirman lagi: “Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”.

Jadi, bagaimana nak ikut jalan yang lurus?

Kena ikut petunjuk.

Mana sumber petunjuk
Al quran
Hadith

So
Apa action plan supaya diri terus berada di jalan yang lurus?

Aku kena letak effort
Belajar Al quran.
Ketika belajar baru aku boleh “memfurqankan” membezakan yang hak & batil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.