Mana pergi Stokin Saya???
Sekembali dari EDU TOUR 2017 memang Meletihkan!!!! Tapi hanya fizikal.. manakala jiwa dan Rohani sarat dgn pelbagai ceritera dan pengalaman..
Balik Rumah.. jangankan baju pakaian yang balik perlu di uruskan.. yang sedia’ada di rumah pun sudah maklum…😜
Pagi ni nak pergi kerja.. adus… mana pergi Stokin gue….???😅 maka.. di selongkarlah bakul pakaian yang belum sempat di lipat..
Jumpa satu.. jumpa satu… jumpa satu… tapi semuanya bukan pasangannya!!!! »»»Ish.. apa Allah nak bagi tahu???«««««
Kenapa saya tak nak pakai sahaja stokin yang satu hitam.. dan satu lagi biru tua???
Ya Sin 36:36
سُبْحَٰنَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْأَزْوَٰجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنۢبِتُ ٱلْأَرْضُ وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
Sungguh.. manusia itu hadir dgn fitrahnya… Berpasangan!! selagi x jumpa.. saya tetap mencari..
Rupanya Allah mmg meciptakan sesuatu itu berpasangan. Ketika cuba memasangkan sesuatu yang tidak kena… sepertinya zalim pada diri sendiri. Kita ini lemah, malah adakala terlebih creative hingga melawan firtrah… secara tak langsung kita menempah jalan bengkok utk di lalui.
Ingat! ada pasangannya pada tiap sesuatu… kita sering mengkaitkan pasangan dengan jodoh.. Abis tu macamana dengan org yang sehingga hayatnya tidak bertemu Jodoh??? Ha..ini sesuatu yang menarik utk di cari.
😅Hehe.. apa pun hal jodoh ni… Saja nak ingat kat kawan kawan.. selagi tak jumpa kena terus mencari tau!!!!! Jgn putus asa.. macam saya mencari stokin pagi ni!!!🤣🤣😘