Tadabbur Tazakkur

KENALI AQ SEPERTI KENALI ANAK-ANAK KITA….

Luluh hati saya bila mana ada perintah Allah yang suruh kita kenali AQ seperti mengenali anak-anak saya…  Terasa bersyukur sangat.. walaupun saya tidak cemerlang mentadabburi Kalimah suci ini… tapi cukup untuk buat saya sedar dan berazam utk memperbaiki hubungan saya dengan AQ.

Terima kasih Allah kenalkan saya dengan Akademi Sinergi Iklas @ Tuan Fazrul yang banyak membuka lembaran baru dalam hidup saya…

Surah Al-An’am 6:19-20

TADABBUR

ALLAH

  1. Allah memberi tahu bahawa DIAlah menjadi saksi bahawa AQ ini di turunkan kepada Rasulullah saw.
  2. Allah beritahu golongan yang rugi adalah orang yang tidak beriman kepada Allah.
  3. Allah beritahu bahawa orang yang mendustakan adalah orang yang zalimdan tidak mendapat kejayaan.
  4. Allah berkesaksian keatas orang Musyrik akan dirinya pada hari Kiamat.
  5. Allah memberitahu bahawa orang musyrik bila di hadapkan ke neraka… mereka akan berkata, sekiranya kami di kembalikan di dunia, kamitidak akan mendustakan ayat-ayat tuhan kami.

IBADAH

Allah mengajarkan tentang satu lagi Rukun Iman bahawa Beriman kepada Al-Quran (kitab) dan Allah bersaksi akannya.

SIRAATH

  1. Allah memberitahu bahawa ikuti AQ dan kenalinya seperti mengenali anak-anak kita. Ini bermakna setiap baits ayat tersebut harus di fahami, di ikuti dan AQ itu wajib di Imani.*  (Jom Tadabbur & Tazakkur)
  2. Allah menunjukkan sikap orang musyrik yang mendustakan ayat Allah dan balasannya pada hari kiamat. Laluan ini perlu di ambil ikbtibar untuk kita yang telah mengaku beriman dengannya.

 

TAZAKKUR

Peringatan

Ingat Allah bersaksi akan turunnya AQ ini bermakna mesej yang di sampaikan oleh Rasulullah saw Adalah benar.  Saya tidak boleh menafikannya spti orang kafir musyrik.  Saya harus mengenali AQ seperti orang yang jatuh cinta.. mahu tahu setiap penjuru  ayat AQ.

 

Petunjuk

Saja jelas bahawa AQ ini adalah satu perintah yang wajib di Imani dan persaksian BESAR ini merupakan mesej jelas Allah untuk saya tidak engkar dengan suruhannya.

 

Penawar

Leganya bila  tahu Allah menyuruh saya memahami dan mengenali AQ seperti mengenali anak kita.. Bila ada masalah keluarga, cari Al-Imran, Bila ada masalah kepimpinan cari Al-Baqarah, Bila ada keliru boleh buka  Surah Al-A’raf. Rupanya ada banyak penyelesaian dalam AQ.

 

Rahmah

Ya Allah, saya ampuni saya ya Allah yang semakin gerun dengan amanah yang besar ini.  Mesejmu jelas, tapi aku masih lalai dan malah sangat limit usahaku.  Namun engkau maha mengerti dan mengetahui setiap kemampuan hambamu.  Ya Allah, jika ini baik untuk diriku… kekalkan ia bersamamu… jika ia baik buat orang  di sekelilingku… engkau berikanlah cara bagaimana untuk aku membesarkan kalimahmu. Sesungguhnya  Engkau yang memegang segala sesuatu.. bantulah aku ya Raab … Ya Rashid… Ya Fattah… Ya Alim….  Perkenankanlah…

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.