Balas & Dibalas

Balas & Di Balas

Bila duduk seorang, terdetik pula hati pada seorang insan ini. Dia ini lupakan aku ke apa. Tak tanya khabar pun. Dah macam-macam aku tolong dia. Tanya khabar pun cukup la. Aku tak mengharapkan engkau bagi hadiah ke apa ke. Tanya khabar pun cukup lah. Ish….

Ehem-ehem….

Ini tolong kerana mengharap manusia atau mengharapkan Allah?

Fikir-fikir semula….

إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنْكُمْ جَزَاءً وَلَا شُكُورًا ﴿٩﴾؅
9. (Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): “Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,
(Surah Al-Insan 76:9)

Ingat! Tolong orang lain, jangan sesekali harapkan sesuatu daripada dia. Dia manusia juga. Banyak lagi perkara dia hendak fikirkan. Sebab itu Allah suruh buat sebab Dia! Sebab Allah takkan sesekali tinggalkan hamba Dia. Ada saja nikmat engkau dapat. Kesihatan! Kekayaan! Keturunan! Makanan! Tidak terkira apa yang Allah beri….

Kalau dia tidak hargai, maafkan dia sebab dia manusia. Tetaplah sayangi dia. Mana tahu Allah akan buka hati dia untuk cari kita semula. Itu semua kerja Allah. Dia akan berikan yang terbaik untuk hamba dia.

Jangan lah risau……

He knows!!!

أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ ﴿١٤﴾؅
bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).14
(Surah luqman 31:14)

Dah ingat orang lain tidak berterima kasih atau menghargai kita. Kita pula perlulah berterima kasih dan hargai orang lain. Ayat diatas mengatakan bersyukur atau menghargai ibu bapa tetapi ia tidak bermaksud hanya kepada mereka. Ia juga bermaksud kepada manusia yang lain.

Rasulullah saw bersabda,

لا يشكر اللَّه من لا يشكر الناس

“Belum bersyukur kepada Allah siapa yang tidak bersyukur kepada manusia.”

Allah dan rasul menuntut hamba dia menghargai dan membalas jasa orang yang menolong dan menghargai kita.

Ada hikmah Allah menuntut sebegini.

Ya Allah!!
Leganya!!
Indahnya!!

Kalau lah orang tidak mengharap apa-apa balasan yang ditolong dan orang yang ditolong menghargai jasa orang yang menolong.
Rasa bahagia yang teramat sangat!
Baru bahagia dunia belum lagi bahagia DISANA!!
Nak merasa yang disana praktikkan yang baik-baik disini.
Pasti dapat lah dekat SANA nanti!!

Saya memohon maaf kepada insan yang disayangi jika terdetik dihati mengharapkan sesuatu daripada kalian dan juga memohon maaf sekali lagi jika tidak menghargai kamu.

Jazakumullah khairan kathiran…..

Sama-sama kita amalkan tuntutan Allah dan rasul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.