Pertolongan Abadi

Pertolongan Abadi

 

“Wah! Harfiz dah pakai ‘phone’ baru…canggih tu..fulamak..kamera dia gempak sia..kalah iPhone 7..bukan calang-calang ‘phone’ bimbit!!” kata Nazree.

 

“Ye ke? Weh! Tiba-tiba je pakai telefon bimbit baru… Diam-diam ubi berisi la katakan..” Kata Aiman.

 

“Aku tak puas lagi nak ‘discover’ ‘phone’ si Harfiz ni!” kata Nazree.

 

“Asal kau beria sangat nak ‘discover’ ‘phone’ si Harfiz ni?? ‘Phone’ apa yang dipakai tu? Cam gempak je…sampai kau pun macam tergila-gila sangat ke ‘phone’ tu..” Tanya Aiman.

 

“Haaa!! Ni lah ‘Phone’ yang Harfiz pakai tu!!’ Kata harfiz sambil menunjukkan gambar telefon bimbit tersebut.

 

 

“Perghhh!! ‘Phone’ ni takde button home langsung!! ‘Totally’ touchscreen kot!! ‘Full Screen’!! Walawey!!” Kagum Aiman melihat gamba ‘Phone’ tersebut. Baru lihat gambar belum tengok dan pegang yang betul.

 

Nazree sangat tergila-gilakan ‘Phone’ itu tetapi apabila buka dompet rama-rama akan terbang keluar. Sangat menyedihkan apabila hanya rama-rama sahaja yang keluar. Apakan daya rezeki tidak sampai lagi.

 

Hari demi hari si Nazree semakin gian dan bergetar-getar jiwa kerana tidak tahan dengan ‘Phone’ yang canggih itu diibaratkan seekor harimau yang kelaparan dan sanggup menerkam apa jua mangsa dihadapan.

 

Ketika Nazree berjalan-jalan dikota, Dia terlihat akan satu iklan berkenaan pinjaman daripada Ah Long. Terdetik dihati si Nazree untuk meminjam wang daripada Ah Long agar impian dan mimpinya menjadi kenyataan untuk memiliki ‘Phone’ idamannya itu.

 

Nazree juga telah menceritakan tentang pinjaman ini kepada Aiman. Aiman juga telah menasihati Nazree agar menggunakan cara pinjaman yang sah dan selamat tetapi proses pinjaman tersebut mengambil masa yang agak panjang. Apakan daya Nazree yang bagaikan harimau kelaparan tidak tahan dengan nafsunya yang sangat menggilakan ‘Phone’ idamannya itu.

 

Jika tidak diceritakan anda pun tahu apakah keputusan yang akan dibuat oleh Nazree. Ya! Nazree meminjam duit Ah Long tersebut. Sememangnya hari itu juga Nazree dapat memiliki ‘Phone’ tersebut. Senyumannya sampai ke telinga apabila dapat merasa nikmat kepuasannya.

 

Seperti yang anda ketahui pinjaman Ah Long sememangnya cepat tetapi lama-kelamaan ia membawa padah kepada si peminjam. Nazree lambat membayar wang tersebut kepada Ah Long maka berlakunya riba’ atas pinjaman tersebut. Perkara ini telah menjadikan beban kepada Nazree. Itulah kesan yang diterima oleh Nazree apabila tidak mendapatkan pertolongan daripada saluran yang betul dan baik.

 

Jika inginkan sesuatu sememangnya kita akan meminta pertolongan daripada Allah SWT malah kita perlulah bersabar dalam meminta pertolongan. Sama seperti situasi di atas jika meminjam daripada saluran yang betul ia mengambil masa dan proses yang agak panjang kerana hasilnya adalah sangat berbaloi dan mendatangkan manfaat yang baik untuk jangka masa yang panjang.

 

Apabila memohon pertolongan selain daripada Allah, ia akan membawa seseorang itu ke jalan seperti mana cerita diatas. Itu baru sahaja kemudaratan yang dilakukan dengan manusia. Bagaimana pula dengan kemudaratan yang dilakukan dengan Allah SWT?

Sungguh berat bukan? Jika kemudaratan bersama manusia, ia hanya didunia manakala kemudaratan yang ia lakukan bersama Allah, ia boleh dibawa ke dunia dan akhirat. Seksa betul?

 

لَا يَسْتَطِيعُونَ نَصْرَهُمْ وَهُمْ لَهُمْ جُندٌۭ مُّحْضَرُونَ

Benda-benda yang mereka sembah itu tidak dapat sama sekali menolong mereka, sedang benda-benda itu sendiri menjadi tentera yang akan dibawa hadir (pada hari kiamat, untuk memberi azab seksa) kepada mereka.

(Yasiin 36:75)

 

Jadi anda pilihlah jalan yang benar dan tidak membawa anda ke jalan yang dimurkai oleh Allah SWT.

 

Ingatlah!

Sesungguhnya tiada apa yang dapat membantu selaun daripada Allah SWT.

 

Sungguh tenang dan lega!

Apabila kita meminta pertolongan hanya daripada Allah SWT.

 

Betapa jelasnya!

Kebaikan yang diperoleh jika memohon pertolongan hanya daripada Allah SWT.

 

Ya Allah…

Engkau rapatkanlah hamba dengan Mu…

Agar hamba Mu sentiasa mengharapkan pertolongan kepada Mu yang satu..

Ya Wajiid…

2 thoughts on “Pertolongan Abadi

  • July 28, 2017 at 5:55 pm
    Permalink

    I cannot help imagining the real Aiman, Ust Harfiz and Ustaz Nazree in this story.

    Oh Aiman.. adakah cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati.

    Nice story anyway. Sarat dengan emosi, spiritual dan pastinya intektual 🙂

    Reply
    • July 29, 2017 at 7:23 am
      Permalink

      Hahahhaaha….cerita ini adalah rekaan semata-mata tetapi realitinya ada pada watak yang lain. Heheehe
      Jazakillah kakak

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.