Kemuliaan dan Tulang

Kemuliaan dan Tulang

وَضَرَبَ لَنَا مَثَلًۭا وَنَسِىَ خَلْقَهُۥ ۖ قَالَ مَن يُحْىِ ٱلْعِظَٰمَ وَهِىَ رَمِيمٌۭ

Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?”

(Yasiin 36:78)

 

Kata akar bagi “ٱلْعِظَٰمَ” adalah “عظم”.

 

“عظم”

Bererti:

  1. Tulang
  2. Besar
  3. Agung
  4. Hormat
  5. Luhur

 

Apakah pesanan yang ingin disampaikan oleh Allah SWT didalam ayat ini?

 

Berdasarkan perkataan Aazim diatas maksudnya boleh dibahagikan kepada dua kelas iaitu :

 

Abstrak:

  1. Besar
  2. Agung
  3. Hormat
  4. Luhur

 

Konkrit:

  1. Tulang

 

Apakah kaitan tulang dan juga Abstrak yang lain?

 

Jadi ini adalah situasi yang berlaku didalam ayat ini.

 

Ayat sebelumnya menceritakan,

 

أَوَلَمْ يَرَ ٱلْإِنسَٰنُ أَنَّا خَلَقْنَٰهُ مِن نُّطْفَةٍۢ فَإِذَا هُوَ خَصِيمٌۭ مُّبِينٌۭ

Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),

(Yasiin 36:77)

 

Bahawa hambanya, manusia membantah akan kekuasaan Nya dimana Allah SWT telah menciptakan atau menghidupkan manusia malah ayat yang seterusnya dia mempersoalkan siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang tersebut.

Manusia yang membantah ini tidak memuliakan!! Mengagungkan!! Membesarkan!! Meluhurkan!! Hormatkan!! Meninggikan!! kekuasaan Allah SWT.

 

Allah SWT menekankan hanya kepada perkataan tulang sebagai simbolik bahawa hambanya suka mempersoalkan kekuasaannya. Terdapat beberapa ayat yang lain menceritakan berkenaan tulang dan kekuasaannya. Antaranya ialah:

 

ذَٰلِكَ جَزَآؤُهُم بِأَنَّهُمْ كَفَرُوا۟ بِـَٔايَٰتِنَا وَقَالُوٓا۟ أَءِذَا كُنَّا عِظَٰمًۭا وَرُفَٰتًا أَءِنَّا لَمَبْعُوثُونَ خَلْقًۭا جَدِيدًا

Balasan mereka yang sedemikian, ialah kerana mereka kufur ingkarkan ayat-ayat Kami, dan mereka berkata: “Adakah sesudah Kami menjadi tulang dan benda yang reput, adakah Kami akan dibangkitkan semula dalam kejadian yang baharu?”

(Al-Isra 17:98)

 

أَيَعِدُكُمْ أَنَّكُمْ إِذَا مِتُّمْ وَكُنتُمْ تُرَابًۭا وَعِظَٰمًا أَنَّكُم مُّخْرَجُونَ

“Patutkah ia menjanjikan kamu, bahawa sesungguhnya apabila kamu mati dan menjadi tanah dan tulang, kamu akan dikeluarkan (dari kubur hidup semula)?

(Al-Mukminun 23:35)

 

قَالُوٓا۟ أَءِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًۭا وَعِظَٰمًا أَءِنَّا لَمَبْعُوثُونَ

Mereka berkata: “Adakah apabila kami telah mati dan kami menjadi tanah dan tulang, adakah kami akan dibangkitkan (hidup semula)?

(Al-Mukminun 23:82)

 

أَءِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًۭا وَعِظَٰمًا أَءِنَّا لَمَدِينُونَ

“Adakah sesudah kita mati dan menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan (dihidupkan semula serta) dibalas apa yang telah kita lakukan? ”

(As-saffat 37:53)

 

أَيَحْسَبُ ٱلْإِنسَٰنُ أَلَّن نَّجْمَعَ عِظَامَهُۥ

Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?

(Al-Qiyama 75:3)

 

أَءِذَا كُنَّا عِظَٰمًۭا نَّخِرَةًۭ

“Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput?”

(An-Naziat 79:11)

 

Ayat-ayat mengenai tulang dan kekuasaan Allah ini sering berulang didalam Al-Quran. Ini menunjukkan Allah sentiasa menegur dan mengingatkan hambanya agar tidak mempersoalkan kekuasaanya kerana berdasarkan ayat-ayat yang berulang ini menunjukkan bahawa orang yang mempersoalkan kekuasaan Allah adalah orang-orang yang Musyrik.

 

Jadi Allah memberikan tulang sebagai simbolik kepada hambanya agar tidak mempersoalkan kekuasaannya malah tulang ini juga membawa maksud agar hambanya perlu mengekalkan untuk hormat, memuliakan, membesarkan, meninggikan, meluhurkan dan mengagungkan kekuasaan Allah.

 

Antara simbolik tulang ini dimuliakan adalah kejadian wanita dimana wanita berasal dari tulang rusuk kiri dan sejarah Rasulullah SAW memperjuangkan kaum wanita perlu dimuliakan ketika zaman islam disebarkan di Mekah.

 

Apakah tindakan kita apabila sedar akan kekuasaan Allah malah susunan dan konkrit yang telah Allah berikan ini cukup untuk menunjukkan kekuasaan Nya.

 

Tulang bukan sekadar tulang tetapi ia membawa maksud yang mendalam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.