Tadabbur Tazakkur

Saksi-saksi dipanggil untuk memberi keterangan

* Antara Saksi-saksi di Akhirat*

Hakim: Mohon panggil saksi-saksi untuk membuktikan tuntutan Plaintif.

Peguam: Baik. Keterangan akan dimulakan dengan pihak yang menuntut diikuti dengan keterangan saksi yang menyaksikan perbuatan tersebut.

Maka.

Saksi-saksi akan memberi keterangan untuk menyokong tuntutan.

Peguam pihak lawan akan menyoal balas saksi penuntut bagi memberi keraguan untuk kes tersebut.

Ini antara senario yang biasa berlaku di mahkamah.

Pihak yang menuntut perlu membuktikan tuntutan melalui dokumentasi & juga saksi.

Itu di dunia.

Bagaimana di akhirat?

Allah hakim yang adil.

Terdapat beberapa anggota badan akan dipanggil saksi bagi membuktikan amalan soleh atau maksiat dilakukan.

Dan semua ini direkodkan.

Di mana?

Di dalam buku catatan.
Iaitu buku amalan.

Antara yang akan dipanggil untuk menjadi saksi?

1. Pendengaran
2. Penglihatan
3. Kulit

Fussilat 41:20

حَتَّىٰٓ إِذَا مَا جَآءُوهَا شَهِدَ عَلَيْهِمْ سَمْعُهُمْ وَأَبْصَٰرُهُمْ وَجُلُودُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

An-Nur 24:24

يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan.

4.lidah
5. Tangan
6. Kaki

Betapa adilnya Allah.

Semua anggota badan akan menjadi saksi.

Tiada ruang untuk menafikan
Menyangkal
Atau helah.

Kerana jika tangan yang menyebar fitnah ketika di dunia kaki,kulit, penglihatan akan menjadi saksi.

Maka
Perlunya diri ini berhati-hati dalam setiap perlakuan.

Kerna
Semuanya akan diminta dipertanggungjawabkan.

Pasti.

Di akhirat tiada yang akan terlepas.

 

 

#refleksitadabur surah yasin

10 thoughts on “Saksi-saksi dipanggil untuk memberi keterangan

  • Ayat Ibrahim

    Bila peguam berbicara….
    Terima kasih atas peringatan ini. Jazakillahu Khairan kathira

    Reply
  • Roaaini Mohd Nayan

    Shafiqah, jazakaAllah dgn tadabbur saksi saksi d Hari AKHIRAT. Dlm tadabbur topik ini adatak Shafiqah jumpa dalil2 (selain pemandangan, pendengaran dan kulit) seperti akal & hati yang kerap berperangsaka buruk , rasa riak, dipanggil menjadi saksi.

    Reply
    • Syafiqah Razak

      Terdapat saksi-saksi lain selain anggota badan m.cik aini.

      Tadabur kali ini fokus kepada anggota badan.

      Contoh surah Alburuj : ayat
      85/3 : Demi yang menyaksikan & yang disaksikan.

      Terdapat beberapa pentafsiran berkenaan saksi di sini.

      Reply
  • Syafiqah Razak

    Wa anti fajazakumuallah khairan:)

    Reply
  • Maryam Musa

    Dear peguam, saya temui sesuatu.

    ______
    “Kenapa dulu (di dunia) tidak merancang strategi menyembunyikan segala dosas (pengingkaran wahyu Tuhan) daripada saksi-saksi pendengaran, penglihatan dan hati?”

    – “Saya tak sedar mereka akan jadi saksi. Saya menyangka Allah tidak tahu yang saya lakukan.”

    “Kamu tak tahu Allah Maha Melihat?”

    -“Saya tahu. Tapi saya ragu-ragu. Saya tidak kukuh mengimani. Saya bersangka-sangka. Dan tidaklah keraguan itu dan sangkaan itu melainkan mendatangkan kerugian kepada saya.”

    __________

    Masih ragu-ragu?

    “Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) BUKANLAH kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahaw Allah TIDAK MENGETAHUI kebanyakan dosa yang kamu lakukan.”

    Fussilat, 41 : 22

    Reply
    • Syafiqah Razak

      Jazakillah khair maryam musa atas mutiaranya

      Reply
  • Syafiqah Razak

    Jazakilah khair maryam musa atas mutiaranya.

    Mengapa masih tidak beriman dengan al quran?

    Sedangkan Allah menegaskan bahawa kitab ini yang tiada keraguan padanya.

    2/2

    Reply
  • عبد رحمن عبد الله

    Atok perlukan penulis seperti puan untuk terbit buku Tadabbur Surah Yaasin. In Sya Allah

    Reply
  • عبد رحمن عبد الله

    ما منكم احد الا سيكلم الله ليس بينه و بينه ترجمان
    tidak ada seorang dari kamu melainkan akan bercakap dengan Allah tanpa penterjemah

    we need a good lawyer then

    hanya Al Quran satu nya peguam bela yang di iktiraf di dalam mahkamah padang masyar

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.