Anti-Hadith, mereka itu Tidak percaya pada al-Quran.

Salam, ya anti-hadith ini sebenarnya mereka tidak percaya pada Quran. Hal ini kerana Quran telah menerangkan tentang hadith, menolak hadith bersamaan dengan menolak QURAN.

Jom buat semakan dengan ayat Quran yang ada perkataan Hadith; Quran Surah/ayat
4/42, 78, 87 & 140; 6/68; 7/185; 12/21, 101 & 111; 18/6; 20/9; 23/44; 3/16; 33/53; 34/19; 39/23; 45/6
51/24; 52/33 & 34; 53/59 & 60; 56/81; 66/3; 68/44; 77/50.

Empat ayat Quran berikut perlu diberi lebih perhatian;
31/6, Surah Luqman ayat 6
39/23, Surah Az-Zumar ayat 23
66/3, Surah At-Tahrim ayat 3
77/50, Surah Al-Mursalat ayat 50

Semoga ada sudi berbincang. Sekian Salam Tadabbur.

PakWan

Salam, anak kelahiran Pulau Pinang, Merupakan Jururawat Berdaftar sebagai profesyen. Berkahwin pada 2015, dikurniakan seorang anak pada 2017. Jom, 17/36.

One thought on “Anti-Hadith, mereka itu Tidak percaya pada al-Quran.

  • August 25, 2018 at 11:34 pm
    Permalink

    Saya pernah belajar yang kalimah “hadith” dalam Quran adalah merujuk Quran itu sendiri. Sebagai salah satu nama Quran. Lebih-lebih lagi kerana sepanjang 23 tahun wahyu diturunkan, catatan/pembukuan kata-kata Nabi adalah dilarang. Takut bercampur dengan wahyu. Justeru istilah hadith ketika itu adalah merujuk Quran dan bukan Sunnah nabi kerana “hadith” (yang difahami umum) tidak wujud lagi

    Hanya 200 tahun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, barulah ada usaha merekod dan membukukan kata-kata Nabi s.a.w.

    Sunnah nabi yang direkod merupakan lautan ilmu,khazanah ulama’. Ada disiplinnya yang ketat kan. Bukan boleh diakses manusia sembarangan. Dan moga disiplin ilmu hadith ini terus terpelihara agar tidak mengulang sejarah ahli kitab yang membuat kitab baru, menjadi tandingan kepada wahyu Tuhan. Memfokuskan pengajian kitab-kitab manusia , membuatkan manusia jauh daripada wahyu. Sangat halus dan bahaya kesesatan ini. Kalau disiplin ilmu hadith tidak dijaga.

    Yang menjadi barah adalah apabila berlaku pertentangan Quran & hadith. Dan hadith sentiasa selalu dimenangkan. Ini yang perlu hati-hati.

    Contohnya, isu syafaat. Paling mudah ayatul qursi yang diulang baca secara jelas menegaskan tiada sesiapa boleh memberi syafaat melainkan Tuhan. Bahkan Rasulullah juga tiada kuasa memberi syafaat dalam ayat-ayat quran yang lain. Malaikat juga tidak mampu memberi syafaat. Tiada pertentangan mesej dalam Quran. Kerana itu jaminan Tuhan. Tidak akan ada ikhtilafan.

    Tetapi berlaku ikhtilaf dalam kefahaman masyarakat.

    Dari mana datangnya pemikiran masyarakat yang syafaat itu amat mudah untuk didapatkan? Dari mana dapat sangkaan yang bertentangan wahyu TUhan dan menjadi sesuatu yang diyakini, diimani? Cukup hafal quran (tak semestinya amal), boleh Tarik beberapa orang masuk syurga. Membuatkan ramai ibu-bapa berebut-rebut menghantar anak-anak ke tahfiz, tanpa peduli si anak memahami dan mengamalkan Quran.

    Penting disiplin ilmu hadith dipegang ketat.
    Agar tidak menjadi tandingan Quran. Menenggelamkan bicara wahyu.
    Dan penting meletakkan kedudukan Quran lebih tinggi daripada Sunnah nabi. Bukan separas.
    Dan lebih-lebih penting lagi mempelajari Quran terlebih dahulu sebelum hadith, agar tak pening saat berlaku pertentangan. Agar mampu furqon, jika belajar Quran terlebih dahulu.

    Mengapa sejarah Ahli Kitab diulang banyak kali dalam Al-Quran?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.