IMAN INTELEKTUAL

Nama surah dan no ayat
2) Al-Baqarah 286 : Ayat 13

Artikel ini ditulis oleh Norzalyana

Coretan untuk dakwah diri..

Mendidik diri dan anak kini semakin sukar. Teknologi terdedah di merata, luas terbuka tanpa batas kawalan.

Kita ibu ayah masih tertarik dengan keinginan membina intelektual anak. Malah omokan “orang islam perlu professional” kenalah pandai. Nanti tertinggal, adalah omokan yang sering kali memberi tekanan bukan sahaja untuk anak bahkan untuk ibu ayah. 😥

Dangkalnya akal kita, kerana kita percaya bahawa iman islam memang dah ada. Nanti besar fahamlah dia agama. Jadi, biarlah iman itu ditanam dengan kedewasaan dan kematangan. Ayat kerap diulang, “Tiada paksaan dalam Islam. Islam kan mudah.” 😭😭😭

Lemahnya iman kita sendiri sebenarnya yang tidak dipupuk dengan keutamaan iman. Bimbangnya kita dengan, ‘Ramai orang agama tak boleh takluk dunia sebab mesti lemah English’. Risau kita dengan ‘orang agama mesti jadi ustaz ustazah, jadi yang kafir jadi orang professional nanti,’ 🤨🤨🤨

Benar atau tidak, tepuk dada tanya diri tanya hati. Apakah ini yang terdetik? mungkin kerana kita setakat tahu dan percaya, tapi tidak benar2 yakin. 😥

Diri ni mengaku memang kadangkala inilah yang sering berbunyi di dalam hati. Sebab hakikat dunia memang sebegitu. Indah bila dikenali, indah bila menakluki dan berkuasa. ☺ Namun, di sisi Allah, tiada apa pada kejayaan dunia yang tidak diadun bersama ketaqwaan kepadaNya. 😓

Al-Baqarah 2:13

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ ءَامِنُوا۟ كَمَآ ءَامَنَ ٱلنَّاسُ قَالُوٓا۟ أَنُؤْمِنُ كَمَآ ءَامَنَ ٱلسُّفَهَآءُۗ أَلَآ إِنَّهُمْ هُمُ ٱلسُّفَهَآءُ وَلَٰكِن لَّا يَعْلَمُونَ
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman”. Mereka menjawab: “Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?” Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Ya Allah, kitakah sebenarnya orang bodoh yang dikatakan Allah? Apabila dikatakan ‘beriman’lah, kita mempertikaikannya. Hakikatnya kita sendiri tak tahu dan kita sendiri keliru dengan keperluan beriman seperti orang-orang yang telah beriman. 😭😭😭😭

Mereka yang beriman, dengan sebenar-benar iman, Allah kurniakan mereka ilmu dunia hebat seperti AlKhawarizmi, Imam syafiee, Ibnu Khaldun dan senarainya berterusan. Allahu akbar. Allah berikan pengusaan terhadap kerajaan yang besar seperti Nabi Sulaiman AS. Allah kurniakan ilham luar biasa seperti Salahuddin AlAyubi. 😲 Tiada yang mustahil bagi Allah yang Maha Memiliki.

Maka, jelas, membentuk intelektual manusia tidak sesukar mempasak iman. Sebab tu, semua manusia boleh pandai membaca. Tapi, berapa ramai manusia yang boleh membaca, TIDAK SOLAT dan TIDAK KENAL KALAMULLAH?? Apatah lagi yang kenal ALLAH?? 😭😭😭😭

Andai yang beriman tidak professional, mengapa mereka (para professional islam) yang diuji di Christchurch, New Zealand lebih redha menghadapi ujian Allah berbanding kita? Lantas mengakibatkan ramai mencintai dan yakin dengan Islam.

Namun, bayangkan jika ujian itu untuk kita di sini, apakah mungkin tindakan dan respon kita kepada kejadian sebegitu menyebabkan orang memeluk islam?? Atau lebih kepada sebaliknya?? 🤔🤔🤔

Allahu rabb.. Yang intelek itu bukan hanya pada ilmu yang tinggi tetapi ialah lebih kepada hati beriman, yakin dan redha.

Maka mana hadirnya yakin dan redha.. Pastinya dari PASAKAN IMAN yang utuh dan istiqomah. 🤗

Ayuh pasak iman diri. Pasak iman anak-anak dan keluarga. Jangan lupa mohon kepada Allah penguasa dan pemilik setiap hati agar terus kekal berada dalam agama ini dengan IMAN. 🤗

Iman adalah nikmat kurniaan Alalh yang terbesar kepada hambaNya. Kerana iman adalah istimewa dan mempunyai kekuatan yang berbeza secara individu bergantung kepada hubungan dengan Allah (Hablumminallah)

Pasak Iman.. Iman… Iman…
InsyaAllah yang lain bakal menuruti. 💪

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.