Pornografi 2 : Fitrah
Dia yang menciptakan kita. Dia tahu apa kecenderungan dan yang menjadi kesukaan setiap kita. Dia tahu “inside out” setiap kita.
Dan sesungguhnya, Kami telah menciptakan kamu, kemudian membentuk (tubuh)mu…
Al-‘Araf, 7 : 11
Justeru piawai fitrah kita selayaknya merujuk Dia Yang Maha Menciptakan, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.
Kan?
Mengapa adakalanya kehendak dan kecenderungan kita bertentangan piawai fitrahNya?
Terkait soal ponografi. Hakikatnya, bagaimana fitrah yang suci murni itu menyikapinya?
Apa pilihan jawapan kebanyakan masyarakat?
a) Sesuatu yang memalukan, menjelekkan, hodoh, tidak layak dilihat.
b) Sesuatu yang dibanggakan, mengundang pleasure, ditayang secara public tanpa segan silu.
Mari memaknai pedoman yang Allah kurniakan buat kita.
فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِن سَوْآتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَٰذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَن تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ – 7:20
Apabila syaitan bercita-cita menampakkan aurat Nabi Adam & Hawa yang selama ini tertutup, Allah menerangkan peristiwa ini dengan perkataan سَوْآتِهِمَا .
(Saya tak berapa pandai Bahasa Arab. Tapi saya ada apps AlQuran Tafsir word by word. Jom tengok apa maksud dia.)
Kenapa nak fokus kalimah سَوْآتِهِمَا ini?
Kalimah سَوْآتِهِمَا merujuk kepada sesuatu yang jelek, yang memalukan, yang hodoh. Sedangkan semuanya merupakan “badan mereka berdua”. Kenapa Allah tak cakap je “badan mereka berdua”. Kenapa nak guna “their shame”?
Allah Yang Maha Bijaksana, bahkan setiap kalimah juga menjadi petunjuk buat HambaNya. Aurat manusia yang menjadi bahan pornografi, yang dipaparkan bersepah-sepah lewat laman-laman web tidak bertanggungjawab, Allah mensifatkannya sebagai sesuatu yang jelek, yang hodoh, yang memalukan. Jiwa murni Nabi Adam & Hawa tatkala terlucut pakaian mereka, lantas segera menutupinya dengan daun-daun syurga (7:22) bersegera memohon keampunan kepada Allah (7:23). Itu fitrah. Selari dengan panduan Al-Quran dalam surah Ali-Imran.
Dan (juga) orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon keampunan atas dosa-dosanya, dan sesiapa (lagi) yang dapat engampunkan dosa-dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedangkan mereka mengetahui.
Ali-‘Imran, 3 : 135
Tetapi jiwa fitrah yang rosak telah menganggap pornografi sebaliknya. Fitrah yang tercemari melihat pornografi sebagai sesuatu yang konon “indah”, mengundang nikmat, dibangga-banggakan. Bahkan penyakit ini mewabah di kalangan pelajar sekolah sehingga ada yang tanpa segan silu menonton filem lucah secara beramai-ramai tanpa rasa malu. Bahkan pernah sahaja klien tingkatan 1 mengadu bahawa rakan sekelas tanpa segan silu berkongsi video lucah dalam Whatsapp Group sebagai bahan gurauan.
Apa yang berlaku pada jiwamu wahai insan? Apa khabar fitrahmu?
***
Mengapa?
Kerana ada syaitan di sebalik segala pornografi.
Allah dah membongkar taktik syaitan dalam permulaan surah Al-‘Araf. Kalimah فَوَسْوَسَ dalam 7:20 menunjukkan usaha bersungguh-sungguh syaitan, yang bersembunyi, menyelinap tetapi dilakukan berkali-kali. Sehinggakan bisikan yang kerap hadir dalam hati manusia itu dirasakan seakan-akan fikiran sendiri. Sehinggakan bisikan syaitan itu mencorakkan cara fikir insan, tidak ditepis, tidak dihadapi dengan apa telah Allah kurniakan lewat QalamNya.
Justeru, apakah solusi pertama dalam menghadapi ancaman pornografi ini?
1. Kenal syaitan. Kenal taktiknya.
Tatkala hadir kecenderungan atau rasa hati untuk mendekati perkara-perkara pornografi baik apa yang terlindung dalam hati, fikiran, perasaan mahupun yang terzahir dalam bentuk tindakan mata dan jari jemari dalam dunia yang “segalanya di hujung jari”, INGAT!!! Jangan dengar bisikan syaitan.
LEGA rasanya bila tahu yang sebenarnya “kita” ni baik sebenarnya. Syaitan yang jahat. Dia yang membisikkan yang bertentangan daripada panduan Allah sehingga “kita” terjebak dalam permainan kotornya. So, saya ada pilihan nak ikut syaitan atau tidak.
Walau setingi mana kecenderungan dan kemahuan itu (bahkan memang dunia klinikal melihatnya sebagai satu ketagihan, addiction yang harus dirawat), SAYA JELAS UNTUK berlindung kepada Allah daripada waswasa syaitan. SAYA JELAS UNTUK tidak terpedaya dengan bisikannya dengan terus mengingati peringatan dari Ar-Rahman (Az-Zukhruf : 36)
Ya Allah, Ya Rabbal ‘Alamin, jadikan aku hambaMu. Sebenar-benar hambaMu. Yang taat kepadaMu. Yang mengingkari syaitan. Kerana Engkau telah berjanji bahawa hambaMu yang benar, syaitan tiada kuasa ke atasnya.
Sesungguhnya kamu (iblis) tidak berkuasa ke atas hamba-hambaKu, kecuali mereka yang mengikutimu, iaitu orang yang sesat.
Al-Hijr, 15 : 42
***
Bagaimana sampai boleh addicted?
Bagaimana sampai menjadi ketagihan?
Bilamana, memilih untuk mengikuti syaitan, setiap satu pilihan untuk “ikut” adalah undi untuk syaitan BERKUASA ke atasmu. Tiba saatnya, tatkala terus dan terus memilih untuk mengikuti bisikan syaitan, syaitan beroleh kekuasaan sehingga menyebabkan imanmu tidak berdaya melawan. Sehingga syaitan menjadi pemimpinmu.
Mengapa? Kerana “engkau” mengundinya menjadi pemimpinmu setiap kali “engkau” memilih untuk mengikuti bisikannya.
Wahai anak cucu Adam! Janganlah sekali-kali kamu tertipu oleh syaitan sebagaimana halnya dia (syaitan) telah mengeluarkan ibu bapamu daripada syurga, dengan menanggalkan pakaian kedua-duanya utuk memperlihatkan auratnya. Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya dapat melihat kamu daripada suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu PEMIMPIN bagi orang-orang yang tidak beriman.
Al-‘Araf, 7 : 27
Jadi?
Pilihlah iman.
Pilihlah Al-Quran.
Berhenti daripada “mengundi” syaitan sebagai pemimpinmu.
Stop it.
Just stop it.
Begitu bicara “coping statement” yang diungkapkan seorang yang terperangkap dalam “kekuasaan syaitan”. Bicara kepada diri sendiri. Kerana serangan kehendak ketagihan itu adakalanya datang pada bila-bila masa. Ketika sendirian. Ketika di khalayak. Tiada kaunselor di sisi untuk membantu setiap ketika. Diri sendiri harus teguh berdiri. Boleh memilih, meneguhkan kekuatan diri dengan segala apa kekuatan yang Dia kurniakan? Mahu membina kekuatan melalui bicara minda?
Sanggup ungkapkan “stop it” kepada diri sendiri? Menyenaraikan segala coping statement sehingga dapat menstruktur pemikiran sehingga mengubah rasa dan tindakan?
Mungkin sukar. Meskipun itu petunjukNya. Ya, itu petunjukNya
Dan (juga) orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon keampunan atas dosa-dosanya, dan sesiapa (lagi) yang dapat mengampunkan dosa-dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedangkan mereka mengetahui.
Ali-‘Imran, 3 : 135
Ketagihan, memang sukar untuk dihadapi.
Tetapi ada bezanya tatkala diri melakukannya sebagai usaha tazakkur daripada ayat-ayatNya yang dibaca. Bersungguh-sungguh berjihad melakukan apa yang tidak diingini tulus kerana mahu taat. Meskipun sakit. Sakit sakit. Perlukan jihad yang bersungguh-sungguh.
Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami pasti akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya ALlah berserta orang-orang yang berbuat baik.
Al-‘Ankabut, 29 : 69
No matter how hard it is. No matter how severe your addiction is. No matter how bad your lymbic system is.
Allah tahu.
Rasa putus asa itu akan memakan diri.
Lalu, mahukah agar terus memilih memotivasi diri. Terus bercakap dengan diri sendiri
“Stop it.”
Allah akan menghantarkan tenteraNya jika diri itu bersungguh-sungguh kembali.
Diri insan itu baik asalnya.
Syaitan yang jahat. Don’t let syaitan ruin your life dear.
Dan sayangnya Allah kepada kita, kerana Dia dah membongkar tipu daya syaitan . Agar kita mengenali syaitan. Agar kita sedar segala “rasa” dan “kehendak” yang tidak selari dengan QalamNya adalah bisikan syaitan. Agar kita tahu kita mampu untuk membuat pilihan. Agar kita tahu setiap fikiran yang terlintas itu bukan untuk ditaati. Tetapi semuanya wajar dikoreksi dan dinilai.
Dan syaitan berkata ketika perkara (hisab) telah diselesaikan, “Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu melainkan aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencela aku, tetapi celalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu, dan kamu pun tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu” Sesungguhnya orang yang zalim akan mendapat seksaan yang pedih.
Ibrahim, 14 : 22
Bilamana kita memilih menjadi hambaNya , syaitan tiada kuasa ke atas kita. Itu janjiNya.
Sesungguhnya kamu (iblis) tidak berkuasa ke atas hamba-hambaKu, kecuali mereka yang mengikutimu, iaitu orang yang sesat.
Al-Hijr, 15 : 42
Pilihlah untuk mengikuti apa yang Dia turunkan.
Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu, dan janganlah kamu mengikuti pemimpin selain Allah. Amatlah sedikit daripada kamu mengambil pengajaran.
Al-‘Araf, 7 : 3
Adakalanya, dalam proses memperbaiki diri. Memang ada ketika terkeluar juga dari landasan. Ketika berseorangan, merasa marah dengan diri sendiri, kecewa, mudah putus harap sehingga mudah relapse “Dah alang-alang buat salah ni, biarlah satu hari ni penuh dosa. Terus je lah..”
Begitukah?
Mahukah kembali memujuk diri. Membaiki bahasa minda. Ungkapkan lagi “coping statement”
“Saya baik. Syaitan yang jahat ok. Terbuat silap itu biasa. Itu manusia. Saya boleh kembali on track. Dan saya boleh kembali baik. Allah sayang saya lebih lagi.”
Katakanlah “Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosanya semuanya. Dialah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.”
Az-Zumar, 39 :53
Bahasa minda, mempengaruhi rasa, mempengaruhi emosi, mengakibatkan tindakan.
Dan apalagi “bahasa minda” yang lebih powerful berbanding QalamNya?
Mahu tadabbur tazakkur?
Bahasa minda yang mengubah sistem kepercayaan. Mengubah sistem nilai. Mengubah tindakan.
#CognitiveBehavioralTherapy.
1. Ada bahanya nya mentafsir ayat AlQuran secara memahami bahasa semata mata
2. Dalam kaunseling tidak hanya berkata ..just stop it…kalau ustaz berkata begitu Ok lah
3. Kaunsleing satu proses
4. Addiction ada strategi dalam tindakan penukihannya.
5. Jika bukan meggunakan nama kaunselor boleh sahaja memberi apa apa pandangan. Jika atas nama kaunselor seharusnya lebih bersifat teoritiakal dan ada data dan kajian saintifik bagi menyokong ulasan.
Apa pun ulasan yg menarik utj dibaca.
Terima kasih
Salleh
Jazakallahu khair.
Setuju.
Kaunseling satu proses.
Salah satu kemahiran dalam CBT, lemahkan “giving-in muscle” ( Judith Beck).Cuma ya, itu advance level in a sense, bukan kemahiran yg diajar awal2. A bit later baru diajar khusus utk menstruktur kognitif klien yg addicted.
Motivational interviewing by mmbntu Klein meningkatkan kemahuan Dan motivasi utk berubah. INI sesi peringkat awal. Tatkala klien dah bersedia ke “action” stage, ketika ITU sesi jadi lebih educative dan CBT byk mmbntu
YA Allah semoga dengan kalamMu ini dapat kami mengambil Peringatan dan menjadi Perisai bagi diri, keluarga, masyarakat & seluruh umat manusia.
Jangan jadikan kami seperti binatang ternak (7:179)