Tadabbur Tazakkur

Peringatan disebalik Bahtera Nuh

BismillahiromaniRahim
🛶⛵🚢🛶⛵🚢🛶⛵🚢

Tema: Pengangkutan laut

Hud 11:37

وَٱصْنَعِ ٱلْفُلْكَ بِأَعْيُنِنَا وَوَحْيِنَا وَلَا تُخَٰطِبْنِى فِى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓا۟ۚ إِنَّهُم مُّغْرَقُونَ

Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan (dengan taufan)”.

🛶Allah memerintahkan Nabi Nuh membuat bahtera dengan pengawasan,kawalan dan panduan wahyu Allah. Sebagai hamba, Nabi Nuh menurut perintah Allah tanpa banyak persoalan. Begitu juga kita sebagai hamba, perlu menurut perintah Allah. Usah persoalkan baik buruknya. Allah tahu apa yg terbaik buat kita. Sebagai anak2 kecil pun boleh diasuh begini, bilama ibu ayah dan guru seru untuk solat anak2 perlu ikut. Tetapi anak2 generasi Y ni byk soalan yg dilontarkan sehinggakan ibu ayah tidak temui jawapan yg sesuai. What to do? Sebagai pendidik perlu ditambah ilmu parenting berdasarkan Al Quran because Quran adalah solusi dalam kehidupan😍
⛵Kaum yang zalim akan ditenggelamkan dengan taufan, maka Nabi Nuh tidak boleh merayu kepada Allah untuk menolong mereka. Ibaratnya, jika manusia tidak beriman kpd Allah setelah diberi pengajaran dan peringatan, maka tiada siapa yg boleh membantu mereka nanti bila ditimpa azab Allah. Iman tidak boleh dijual beli. Bilamana anak2 tidak mahu ikut apa yg disarankan islam..big issue, Tetapi sbg pendidik perlu usaha sungguh2 untuk terapkan ilmu2 agama dalam jiwa anak. Anak ibarat kain putih, yg mencorakkannya adalah ibu ayah. Usah putus asa, keep on doa. Moga Allah bantu😍

 

Www.tadikanurbudi.blogspot.com

One thought on “Peringatan disebalik Bahtera Nuh

  • Aiman La Yubali

    Even keluarga Nabi Yunus sendiri tidak menyahut seruanNya.. manakan pula umatnya…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.