Tadabbur Tazakkur

Keuntungan Menjadi Yang Terpilih

Keuntungan Menjadi Yang Terpilih

Beruntungnya manusia bergelar pelaut!!
Mereka dapat melihat secara nyata nikmat Allah kurniakan dimana mereka berada diatas kapal melihat daratan(bumi) dan laut.

Jelas nyata Allah telah memudahkan segala yang ada di daratan serta istimewa buat pelaut dapat melihat kemudahan yang Allah berikan dilautan.

Jelas nyata dapat melihat langit yang indah tanpa tiang menahan daripada jatuh ke bumi.

Bersyukurlah insan bergelar pelaut kerana anda adalah insan yang TERPILIH untuk melihat khazanah ini. Allah memilih anda untuk mudah berada dijalan yang dipenuhi rahmatNya.

 

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُمْ مَا فِي الْأَرْضِ وَالْفُلْكَ تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِأَمْرِهِ وَيُمْسِكُ السَّمَاءَ أَنْ تَقَعَ عَلَى الْأَرْضِ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ  ﴿٦٥﴾؅

65. Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah memudahkan apa yang ada di bumi untuk kegunaan kamu, dan (demikian juga) kapal-kapal yang belayar di laut dengan perintahNya? Dan Ia pula menahan langit daripada runtuh menimpa bumi, kecuali dengan izinNya; sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihanNya dan rahmatNya kepada umat manusia.
(Al-Hajj 22:65)

 

Sungguh rugi jika dapat melihat tetapi tidak menghargainya dan mensyukuri nikmat yang diberikan ini. Tanpa sedar sebenarnya Allah menegur mengapa manusia tidak mengambil peringatan apa yang Dia turunkan. Bukan sekali tetapi berulang kali mungkin juga ‘infinity’.

 

وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

(Surah Al-Qamar 54:17,22,32,40)

Let’s tadabbur quran
#tadabburtazakkur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.