Berpijak Lain Berbumbung Sama
Berpijak Lain Berbumbung Sama
TAKUT!!
Apabila direnjis bahaya lautan…
Dia sentiasa dihati, dimulut dan pada perbuatan.
Yang tersayang!!
Yang dipercayai!!
Yang segalanya!!
Semua akan dilupai…
Hanya Dia kau ingat!!
Apabila di daratan…
Engkau rasa selamat…
Engkau lupa siapa selamatkan kau dilautan!!
Engkau berpaling tadah!! Semua jenis maksiat engkau buat!!
Engkau fikir engkau tidak tenggelam?!
Tidak benar….
Itu semua tidak benar apa yang engkau fikirkan…
Dia tetap akan tenggelamkan kau di daratan…
Macam mana pula tenggelam didaratan??
Tenggelam didalam tanah(ditimbus gempa)
Tenggelam dek hujan batu…
Tiada siapa pun yang boleh selamatkan engkau…
SELAIN…
DIA…
وَإِذَا مَسَّكُمُ الضُّرُّ فِي الْبَحْرِ ضَلَّ مَنْ تَدْعُونَ إِلَّا إِيَّاهُ ۖ فَلَمَّا نَجَّاكُمْ إِلَى الْبَرِّ أَعْرَضْتُمْ ۚ وَكَانَ الْإِنْسَانُ كَفُورًا ﴿٦٧﴾
67. Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah).
(Al-Isra 17:67)أَفَأَمِنْتُمْ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمْ جَانِبَ الْبَرِّ أَوْ يُرْسِلَ عَلَيْكُمْ حَاصِبًا ثُمَّ لَا تَجِدُوا لَكُمْ وَكِيلًا ﴿٦٨﴾
68. Adakah kamu – (sesudah diselamatkan ke darat) – merasa aman (dan tidak memikirkan), bahawa Allah akan menggempakan sebahagian dari daratan itu menimbus kamu, atau dia akan menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; kemudian kamu tidak beroleh sesiapapun yang menjadi pelindung kamu?
(Al-Isra 17:68)
Teguran ini buat untuk insan yang tertera dalam Surah Al-Isra 17:66
Sharing ini untuk teguran diri sendiri…
Tetapi…
Apa salahnya saya infaq intelek untuk orang lain…
Selamat beramal buat insan di dalam Surah Al-Isra 17:66
#aimanlayubali
#tadabburtazakkur
Betul orang yg ke laut orang2 yg terpilih..untuk menikmati keindahan dan merenungi semua ciptaanNya.. kita merasa kedua nya..hidup di darat dan dilaut sesungguh nya kita hanya hamba Nya yg rugi lalai..dan zalim jika kita tidak mengambil iktibar dr kisah(dlm alquran) sbg panduan hidup
Subhanallah..semoga kita ditempatkan orang-orang yang memahami alam dan quran