ANAK
Apabila telah berkahwin(24;32),
semestinya pasangan pengantin mahukan cahaya mata…
terutama sekali…
Si Isteri…
Isteri: Abang, nanti anak pertama kita, kita namakan dia Mujahid Ammar nak?
Suami: Inshaallah…Boleh….
Isteri: Kita tak tau nak sulung ni laki ke perempuan…Haaa…kalau perempuan kita namakan dia Asma’As-sofea! haaa sedap nama tu…saya suka la bang…
Suami: Inshaallah….boleh..dua-dua nama tu sedap…
Anak merupakan satu anugerah yang sangat indah buat pasangan suami isteri. Apa tidaknya, anak ini merupakan satu jenis nikmat atau rezeki yang Allah berikan. Allah jadikan anak ini sebagai satu perhiasan (18:46) didunia sebab kalau anak ini menjadi insan yang baik, yang soleh dan segala yang baik. Secara automatik, nama ibubapa nya turut terbawa naik nama mereka terutama sekali dengan kenalan-kenalan yang berdekatan atau erti kata lain masyarakat.
Berhati-hati juga..
Allah juga kurniakan anak ini sebagai ujian(64:15) atau musuh(64:14)? bagaimana tu??
kalau anak ini baik dan soleh atau pun “best among the best” kemungkinan hati kita ini akan lahir rasa bangga, lagi-lagi lahir pula rasa riak dalam diri. Itu pun sudah dikira ujian buat diri ibu bapa.
manakan pula anak yang terhanyut kelembah kegelapan, tidak cerita pun semua ibu bapa akan rasa sedih apabila insan yang mereka lahirkan jadi begini. manakan pula paling perit kalau anak itu jadi musuh(perkara yang boleh membuatkan anak mendorong ibubapa melakukan perbuatan mungkar) buat ibu bapa. itulah ia ujian.
The best children!!
Anak itu menjadi penyejuk hati kepada kedua ibu bapa. Solat cukup, peribadi yang baik, pandai baca quran, faham quran serta amalkan, berpendidikan seimbang dunia dan akhirat. Anak sebegini sememangnya akan mendoakan kesejahteraan ibu bapanya dunia dan akhirat. Tambahan anak sebegini jadi peninggalan buat ibu bapa apabila mereka berada sudah kembali kerahmatullah. Bekalan ini yang akan sentiasa mengalir kan pahala ibu bapa walaupun sudah tiada.
tetapi…
Setelah 3tahun perkahwinan, Allah hendak uji keluarga itu dengan tidak dikurniakan anak.
Mesti pedih hati isteri melihat rakan-rakan yang sudah mempunyai anak…
air mata sering bergelinangan mengharapkan sesuatu yang indah dalam kehidupan….
Si suami memeluk isteri sambil membelai kepala isterinya yang tercinta…
Suami: Sayang…janganlah menangis…bersabarlah(2:155)….Allah nak uji kita berdua…Allah uji ini sebab kita kuat…ada hikmahnya Allah uji…Allah sentiasa uji kita..tidak kira kita ada anak atau pun tidak(21:35)….
Isteri: Saya tak sangguplah bang…hadapi macam ini…. *sigh
Suami: Allah…tidak baik cakap macam itu, perbanyakkan istighfar(11:3), selalulah doa kepada Allah…doa tu mesti bersungguh-sungguh macam kita ini merayu…minta nak sangat-sangat(13:14)!!
Isteri: tapi bang….bukan saya tak buat pun apa yang abang cakap…
Suami: Sabar…dalam sabar itu masih lagi kena ada kesabaran(3:200)….Allah nak simpan sesuatu yang lebih baik untuk kita( https://www.youtube.com/watch?v=qtHOC4gq8HI)…bukan sekarang masanya…Allah janji akan makbulkan apa yang kita minta(2:186)…jadi janganlah risau…percayalah janji-janji Allah…kat dalam hati kita ni…kita perlu didik rasa redha dengan ketentuan Allah…kita bertawakal(3:200)….bukannya kita tidak berusaha pun….dah banyak cara kita berusaha(53:39)….
Buat suami dan isteri yang masih tidak dapat melahirkan anak, usah dikau risau Allah itu maha pemberi.
Allah memberikan motivasi buat suami isteri dengan kisah nabi zakaria yang dikurniakan anak ketika usia tua dimana usia itu tidak boleh dipakai oleh ilmu sains. Umur yang sebegitu tua, bagaimana boleh lahirkan anak? sehingga nabi Zakaria tanya pada Allah, kebingungan, tertanya-tanya, boleh ke isteri yang sudah tua dan uzur ini boleh lahirkan anak. Subhanallah…
kemudian setalah dapat anak, Allah angkat anak nabi Zakaria itu nabi Yayah dalam usia kanak-kanak dengan penuh hikmah. Sesungguhnya Allah simpan yang lebih baik untuk Nabi Zakaria.(19:1-12)
Allah itu maha berkuasa.
Janganlah dikau berputus asa…
Mohon pembaca buka kitab yang telah lama tidak dibuka dengan hati untuk menghayati ayat yang di ‘Bold’ dalam artikel ini.
Jazakallah Khayran Kathiran.
Jazakallahu khairan kathira.
Good reminder. Bila nak mendarat Aiman?
Artikel ini mengingatkan saya tentang soalan yang ditanya baru-baru ini. Soalan macam senang. Tapi macam susah juga.
“Kahwin tu untuk apa sebenarnya?”
Lebih-lebih lagi bila yang bertanya dah bercerai. Ibu tunggal. Kena jaga beberapa orang anak. Bertanya lagi “Kenapa kena kahwin?”
Err.. apa jawapan merawat hati?
Kalau kahwin untuk dapat anak. Tak semestinya semua yang berkahwin akan dapat anak.
Kalau kahwin untuk mendapat cinta dan bahagia. Tak semestinya juga, kerana itu realiti kes-kes kehidupan di mahkamah dan kamar kaunselor, sangat mendukacitakan.
Lagi selamat menyatakan nikah itu untuk membuka ruang amal soleh, untuk terus memberi, untuk Infaq, untuk sabar. Tak perlu nak mengharap macam-macam yang tak pasti sebab Kalau tak dapat, dua kali ganda jiwa terseksa. Yang pertama sebab tak dapat. Yang kedua sebab kecewa di luar expectation.
Justeru, Robb adalah Allah. Yang Memberi Rezeki, Yang Menciptakan. Sumber segala kesyukuran dan pujian.
Bukan pasangan.
Bila meletakkan pasangan sebagai Robb, boleh hancur hati jadinya.
7:172
sekian celotehan random saya.
maaf.
Alhamdulillah…saya kini berada didarat, sudah 2-3 minggu. Apa-apa pun segalanya mesti kembali kepada ﷻ اَللّهُ. 💪🏻
Salam Quran. Begitu indah penulisan tentang anak ini. Perkongsian dari Walid pakWan ketika mendapat berita gembira isteri mengandung dengan ucapan tahniah, tidak lupa dinukilkan bersama 7/190.
💪🏻